26 December 2009

Sejarah Embah Abu / Embah Tohirah




السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
Ziarah


Rasa terpanggil untuk Paman @ Wak Yes untuk mencatatkan secara ringkas liku hidup perjalanan Embah Abu dan Embah Tohirah yang mungkin boleh di kongsi bersama demi merapatkan siraturahim keluarga dengan konsep ziarah. Sumber ini disahkan melalui persetujuan bersama Wak Hamim. Dengan paparan ini juga bukti masih wujud lokasi dan tempat terkumpul untuk paparan khas ziarah. Mungkin juga masih ada lagi tersepit dicelah peristiwa berlaku; hanya dua insan boleh merungkai perkara tersebut.
Embah Abu Bakar b Hj Suhaimi meninggal dunia pada 27 Ogos 1969 di Petaling Jaya.

Embah Tohirah bt Hj Alias meninggal dunia pada 9 Nov 1962 di Tebuk Bengkang, Bagan Datoh

Dari sumber yang disahkan melalui keluarga, Embah Abu dan Embah Tohirah telah berkahwin dan menetap di satu tempat. Keluarga Embah Abu dikurniakan 10 orang anak, 4 lelaki dan 6 perempuan hidup harmoni di Kampung Tebok Bengkang Bagan Datoh Perak.



Peninggalan tapak dan rumah Embah Abu sekeluarga

Di saat harmoni di kecapi, Embah Tohirah melahirkan anak bongsu yang diberi nama Siti Kamaliah. Rupanya Tuhan lebih menyayanginya. Embah Tohirah meninggalkan ke semuanya dan di kebumikan di Kg Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak.





Maka sejak peristiwa itulah timbul masalah dan konflik, kerana semua masih memerlukannya. Satu keputusan telah dibuat walaupun berat atas persetujuan supaya Siti Kamaliah diasuh dan diserahkan kepada Lek Salamah yang juga adik Embah Tohirah menetap di Sungai Manik, Telok Intan, Perak

Urutan dari peristiwa itu juga masalah dan konflik timbul satu demi satu, apabila Embah Abu telah mengatur strategi tetapi tidak menjadi. Dengan hati yang sayu dan sedih, dua insan mengambil keputusan yang berat supaya Embah Abu dan adik-adik yang masih kecil berpindah ke Kuala Lumpur demi mencari keharmonian. Selang beberapa tahun dari penghijrahan, Embah Abu telah jatuh sakit dan meninggal dunia di Hospital Universiti yang kini dikenali sabagai PPUM tempat Paman @ Wak Tamyes bekerja. Arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Majlis Perbandaran Petaling Jaya.




Sekiranya terdapat apa yang dipaparkan ini masih kekurangan fakta, sila rujuk kepada dua insan yang dimaksudkan kerana peristiwa yang dicatatkan memang sengaja tidak disebut hari dan tahunnya. Moga menjadi memori generasi Embah Abu/Embah Tohirah dalam menuju 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang', Insya Allah.
Ziarahlah sebelum Diziarahi.

Ketemu lagi, Wassalam. 

Paman @ Wak Yes (mohd.tamyes@gmail.com)Paman @ Wak Yes(mohd.tamyes@gmail.com)