16 November 2016

Ziarah & Sisipan 2016

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarganya sahabat-sahabat ránhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq. hidayah dan inayah-Nya.

Demi 'KEHARMONIAN' keluarga Emah Abu dan Embah Tohirah selalu usaha idea kemudahan tersedia, kini Ziarah & Sisipan, kongsi dan pamit 2016. Hiyasilah tidurmu dengan titisan air wuduk. Selimuti tidurmu dengan kalimah Shahadah. Pejamkan matamu dengan alunan Zikrullah. Bantali tidurmu dengan sepotong doa. Semoga kita dalam penjagaan-Nya.

Sujudlah untuk Allah SWT di masa kita ada kudrat dan upaya kerana sujud di atas sejadah itu nikmat.

Janganlah ditunggu untuk hari tua kerana dahi orang tua yang ditarik nikmat untuk tidak sujud melainkan hanya di atas kerusi roda sahaja.

Bangunlah dan berilah sedikit masamu untuk Allah SWT.

Orang yang tak sujud pada Allah SWT lebih teruk dari iblis kerana sejahat-jahat iblis sujud pada Allah SWT.



Hidup ini tak seindah yang disangka tak semudah yang diduga, peritnya tak terjangka. Apapun kita harus percaya ada hikmah disebaliknya, perancangan Allah SWT jua yang sebaik-baiknya.

Saat kita tengah sedih, tak siapa tahu, apa yang kita rasakan, kita cuba untuk lakukan, tapi akhirnya air mata yang menemani.

Nak cari yang sempurna memang tiada di dunia ini, tapi yang menyempurnakan hidup kita Insyaallah wujud.

Jangan dipandang apa yang dilihat tapi pandanglah apa yang kita tak nampak kerana di situ letaknya 'KEHARMONIAN' InsyaAllah. Hidup ini akan lebih indah jika kita setiap perkara dilaksanakan kerana Allah SWT.



Aku bukan jemu dan terhegeh-hegeh nak beritahu dengan orang yang tak nak tahu. Kadang kala aku terlalu berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain walhal orang lain tidak pernah pun terfikir untuk jaga hati aku.

Hari ini aku bimbang jika hari ini terakhir hidupku. Adakah lagi subuh esok untuk bernafas dan bersujud kepadamu, Ya Allah... berikan aku kesempatan untuk menebus segala kesalahanku, dosa-dosaku, hadirku damai, hampir 10 tahun 'Ziarah' yang mampu sebelum dihujung nafasku, harap kalian utamakanlah 'KEHARMONIAN'.

Adakala kita bersalah, Allah SWT datangkan dia untuk menegur.

Adakala kita betul, Allah SWT datangkan dia yang patut ditegur.

Adakala kita diuji, Allah SWT datangkan dia untuk membantu kita.

Adakala dia diuji, Allah SWT beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi, hargailah dia mungkin kerana dia kita menuju jalan ke Syurga, Subhanallah.

Sifat makhluk yang tiada sempurna teguran sindiran merestui hajat-hajatku hari ini aku di atas tanah, mungkin esok tanah diatasku. Diakhiri doa, Al-fatihah untuk Arwah-Arwah yang meninggalkan kita dahulu moga roh-roh mereka dicucuri rahmat berkekalan. Kupohon maaf zahir batin jaga diri. Jaga keluarga yang dapatku ucapkan kesemuanya kini noktah ziarah, sisipan dan pamit terakhir 2016. Wassalam. 



Ikhlas,

Haji Mohd Tamyes B Abu Bakar
1.12.2016

29 October 2015

Ziarah, Bedok, Kiyambang

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Bila langit itu kurenung, tidak ramai yang mempu berdakwah melalui pendekatan pengucapan, namun itu bukan halangan untuk berdakwah, buatlah dengan apa cara sekalipun, jika niat baik kerana Allah Taala, maka itu sudah dikira berdakwah.

Satu jari menuding 4 jari kembali, setiap kali berdepan dengan seseorang yang dianggap bermasalah, tentunya kita akan membuka mulut untuk menegur dan memberi nasihat, namun nasihat-nasihat yang kita hamburkan selalunya tidak fokus langsung pada diri sendiri, namun sedarkah kita bahawa nasihat mahupun teguran jarang sekali diterima pakai oleh orang lain, kenapa?

Yang sebenar-benarnya saya bukan diberi wasiat. Amanah tapi cuma teringatkan pesanan yang dikasihi arwah Haji Mohd Hamim memberitahu aku tidak upaya lagi selepas perjumpaan keluarga 2007 tempoh hari tidak kesampaian di antara kita masih ada yang belum kenal! Subhanallah, teruskanlah apa cara sekalipun hingga berjaya keluarga Embah Abu dan Embah Tohirah, umpama kita duduk di bawah satu 'Payung' kenal mengenali antara satu sama lain bak kata pujangga 'Umpama Bedok lalu Kiyambang bertaut' saya pon tak tahu apa itu Bedok dan Kiyambang sebenarnya.


Tapi! Mukin Ziarah saya tonjolkan, mencari soalan dan jawapan untuk keharmonian, menyatukan dan memperkenalkan keluarga yang masing-masing belum mengenali, juga watak-watak Whatsapp masing-masing kini dah tak terbilang lagi bayangkan Generasi Embah Abu dan Embah Tohirah kedua cucunya mencapai 10-14 orang seorang, Alhamdulillah rezeki dan amanah. Sedihnya Generasi Embah Abu dan Embah Tohirah kedua pun banyak tak kenal lagi.



Ziarahlah sebelum berhijrah demi keharmonian keluarga Embah Abu dan Embah Tohirah cari soalan dan jawapan sebelum bernoktah. Al-Fatihah untuk roh-roh yang dihajati. Amin. Wassalam. Maaf. Terima kasih. 

Ikhlas,

Haji Mohd Tamyes Abu Bakar 
1 Muharram 1437H

28 August 2015

Ziarah & Quran

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Mengaji Al-Quran surah Al-Infitaar yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur. Dan apabila lautan pecah bercampur baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku). Mengetahui tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya. 


Al-Quran bukan sekadar bacaan rutin harian atau dibaca jika ada masa terluang. 'Tidak! Al-Quran bukan begitu!' Ia diturunkan sebagai rahmat untuk alam ini, itu objektifnya. Mahu atau tidak mesti membacanya.

Membaca Al-Quran itu membosankan? Jika tidak mengapa tradisi membaca Al-Quran tidak diimarahkan? Yang jelas kelihatan hanya diimarahkan ketika bulan Ramadan sahaja.


Kesempatan di akhir Syawal 2015 dan menjelang 10 Zulhijjah disebut Hari Raya Haji mendatang diharapkan tiada ada yang tercicir, terpisah lagi dalam merapatkan keharmonian keluarga Embah Abu + Embah Tohirah, terdapat tersedia beberapa kemudahan seperti dinyatakan dalam blog Embah Abu 'tajuk Wak Hamim dalam ingatan yang lalu, sebelum tersemadi kekal abadi tak tersampai wawasan Tun Dr Mahathir 2020 baru tertanya-tanya tercari-cari kekeringan kehausan tenggelam begitu sahaja.

Yang terakhir dipohon kemaafan dan mari kita sama-sama doakan dan Al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi dahulu moga-moga roh-roh mereka dicucuri rahmat berkekalan.

Amin. Wassalam.

Ikhlas,
Hj Mohd Tamyes Abu Bakar

30 July 2015

Ziarah & Perjumpaan

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Paman@Wak Yes 

Belum terlambat kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin terlanjur kata terlajak bahasa kami sekeluarga mohon kemaafan termakan terminum minta dihalalkan dunia akhirat.


Tarikh 22 Disember 2007 = 12 Zulhijrah 1428 melakar sejarah  yang tak boleh kita lupakan "Tarikh Keramat Perjumpaan Keluarga Embah Abu + Embah Tohirah". Ucapan demi ucapan tahniah atas kejayaannya malangnya sunyi sepi lemah longlai tiada bernoktah hampir 8 tahun ziarah demi ziarah ditonjolkan hampir terkubur akhirnya syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya 2015 menampakkan sinar harapan dengan izin-Nya juga baru terasa keharmoniannya syukur semua yang menjayakan bersama, sungguh terharu Paman@Wak Yes hingga tak terkata dan berebess matanee syukur kesemuanya. Cubaan.

Jika sedikit longkang itu ibarat lopak-lopak air jangan anggap ia mengganggu perjalanan kita jangan mengelak laluan tersebut dan memilih yang lain, sebaliknya riyangkan melompat-lompat untuk mengelak lopak tersebut.




Kita mesti rasa bebas untuk beribadat dimana-mana kita berasa perkara yang baik kita contohi dan yang buruk kita jauhi.

Orang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air mata, biasanya ketika kita sakit, barulah kita ingat dan sebut nama Allah dengan penuh jiwa ketika itu bukan? Kita betul-betul mengingati Allah tetapi yang sebenarnya kita takut mati, bebaskan perasan begitu dan gunakan peluang dalam keadaan sunyi dengan sentiasa mengingati Allah.

Tegur menegur yang membawa kita sering menilai siapa yang menegur bukannya apa yang ditegur, insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan ini akan berlarutan sehingga tidak disedarkan ataupun tiada sesiapa yang menegur kita tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka kita sering menilai yang menegur bukannya apa yang ditegur, orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan sampai dilabel sebagai "cakap tak serupa bikin" biasanya orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah "bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus"jadi orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Oleh itu, dari hujung rambut hingga hujung kaki Paman@Wak pohon jutaan kemaafan apa yang Paman @Wak ucapakan dalam topik ada ziarah ada cerita dan ada berlaku cuma tak dizahirkan oleh itu Paman sedia lakukan demi keharmonian keluarga Embah Abu + Embah Tohirah. Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya ada banyak perubahan ketara setakat ini boleh Paman@Wak bangga menilaikan 2015 adalah 90% itu sebenarnya ziarah ditonjolkan dalam blog Paman@Wak sila lawati...

Akhirnya, mari kita panjatkan doa dan al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi dahulu moga-moga roh-roh mere ka dicucuri rahmat di bulan raya ini. al-Fatihah, InsyaAllah...Amin.

Tulus Ikhlas,
Haji Mohd Tamyes
1-8-2015

28 June 2015

Ziarah dan Motivasi

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kalau tidak mampu menggembirakan hati orang lain, jangan pula melukakan hati mereka.

Pastinya tiada menyakitkan hati yang lain merupakan sebahagian daripada cara untuk menjadikan kita manusia yang lebih merendah diri kepada pencipta. Ia ujian terbesar apabila berkumpul bersama yang lain namun jangan pula ada antara kita yang memberi alasan mengurangkan amal ibadat kerana menjaga hubungan sesama manusia.



Pertama di sini kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah swt diuji, sesuatu yang kelihatan sukar dengan izin Allah akan menjadi terlalu mudah. Allah yang Maha Berkuasa pohon kepadanya.

Ya Allah, Aku mohon kepada-Mu Ya Allah kau yang Maha Berkuasa, Kau yang Maha Pengasih dan Kau yang Maha Penyayang hanya kepada-Mu tempat aku meminta dan hanya kepada-Mu tempat aku berserah. Ampuni aku ya Allah.

Berbuat baik dengan menggembirakan hati orang lain boleh dilakukan dengan berbagai cara, fikirkan dan fikirkanlah.

Akhirnya, ziarah itu ziarah.

Sekian, Wassalam. Amin.

Yang Ikhlas,

Hj Mohd Tamyes

Ziarah, Masjid dan Surau


السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Dijemput ke syurga menerusi pintu khas dan utama, ditutup setelah semua yang berpuasa masuk melaluinya, inilah Pintu VIP penghuni syurga yang terpilih al-Rayyan diberikan namanya.



Al-Rayyan persoalannya yang timbul apakah kita layak untuk memasukkinya? Adakah kita salah seorang hamba-Nya yang terpilih untuk menjadi VIP yang melaluinya?



Nilai kualiti puasa kita yang bakal dipersembahkan kepada Ramadan apakah persiapan kita menghadapi Ramadan ini sudah cukup untuk menebus segala nikmat yang tersedia di akhirat pastikan persiapan kita umpama merindu seorang kekasih kita nantikannya dengan penuh debaran, menyambut dengan penuh persediannya melayan dengan kesopanan penuhi Ramadan dengan amalan jauhi diri daripada kelakuan layakkan diri kita untuk al-Rayyan. InyaAllah.



Paman ucapkan selamat berpuasa, berbuka dan Aidilfitri sekeluarga, maaf zahir batin akhir sekali sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi dahulu moga-moga roh-roh mereka dicucuri rahmat.

Al-Fatihah, Amin.


Ikhlas,

Hj Mohd Tamyes 

23 May 2015

Ziarah & Berkat



السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Pertama, syukur Alhamdulillah Paman Yes mewakili adik-adik kepada Hj Amini & Hjh Dr Zakiah kerana menjayakan projek baik pulih makam Embah Abu yang tergendala sejak bertahun-tahun dengan adanya ziarahlah sedikit sebanyak merubah segala-galanya.


Harapan inilah yang Paman harapkan supaya keharmonian keluarga Embah Abu & Embah Tohirah terlaksana melalui ziarah diperkenalkan dengan izinnya. Ini boleh dibanggakan walaupun belum tercapai sepenuhnya. Sasaran baru mencapai Paman nilaikan 49.9% syukur mudah-mudahan menjadi teras untuk terlaksana InyaAllah berkat kesabaran bersama. Itulah yang diharapkan tujuan sebenar ziarah. Renung-renungkanlah bersama.

Hasbunallah Wani'mal Wakil adalah peluru terakhir para pejuang Islam ungkapan yang penuh makna tersirat ini terkeluar dari mulut hamba-hamba Allah yang mempunyai iman yang teguh pada saat yang getir dan dikelilingi pelbagai ancaman dan masalah.

Hari ini semakin ramai kelompok manusia yang menuntut agar hak asasi mereka dipenuhi, semua manusia dilahirkan sebagai individu yang bebas, mereka dan layak mendapat segala keperluan asas yang perlu untuk kehidupannya tidak kira apa warna kulit, tutur bahasa, keturunan asal usul rupa parasnya.


Stres untuk orang beriman adalah reaksi tabie tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi, oleh itu stres adalah fitrah manusia, maksudnya stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.

Dengan iman kita yakin ujian dan cabaran itu datang daripada Allah, iman menimbulkan rasa baik sangka rasa pengharapan dan keyakinan kepada pembelaan Allah.

Sabar dan syukur itulah hiburan sejati kepada orang yang beriman, iman akan menghilangkan rasa bimbang, takut, sedih dan kecewa dengan hal-hal dunia begitu juga dengan solat, ia adalah suatu kerehatan di jiwa.

Apa yang diucapkan di mulut. Diterjemahkan pula dalam bentuk tindakan, anggota badan yang patuh segala perintah Allah merupakan tanda iman yang kuat begitulah sebaliknya.

Akhir sekali, marilah kita panjatkan doa dan Al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi dahulu moga-moga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Amin. Maaflah ye. Terima kasih.


Ikhlas,
Hj Mohd Tamyes