28 December 2010

Urutan 3 - Perubahan



السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah coretan Ziarah dapat menepati tujuannya dan mula dapat merungkai sinar harapannya. Biarlah yang tiada atau yang masih ada, kami berdua tetap berpuas hati dapat berkongsi pengalaman yang lampau.

Terima kasih banyak-banyak kepada Taslimah, permulaan ziarah makam Embah Tohirah semoga menjadi urutan yang tidak mengetahui atau tidak mengenali dan tiada kemesraan agar dapat manjadi tanda keharmonian yang sebenar walaupun hanya wakilnya sahaja.


Ziarah terbaru - 27 Mac 2010

Ucapan terima kasih banyak-banyak kesemuanya atas kesudian menatap dan merungkai tanpa jemu jadikan coretan Ziarah seperti Melodi di TV3, sepi tetapi terus mengikutinya. Jangan puji-puji tinggi takut terlupa diri, I like you all?? Jangan marah speaking London pulak, sebenarnya kami berdua adalah tukang karut kalau Dikir Barat dan Tok Dalang jika Wayang Kulit, hingga larut fajar mengumpul bahan-bahan yang terkambus dalam peristiwa lalu menuju keharmonian kekeluargaan.


Kami berdua, Wak Hamim (gambar atas), Paman Yes (gambar bawah)

Gelombang-gelombang positif atau negetif, oleh itu kita perlu mencari keharmonian yang sebenar, usaha-usaha kemesraan dalam perjumpaan pertama boleh dijadikan contoh terbaik telah berjaya menyatukan sebahagian daripada keluarga besar Embah Abu. TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH kepada Penganjur dan AJK terlibat. Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan dan diteruskan oleh semua pihak.

Oklah dulu giliran yang lain pula menyusul, andai tersalah bahasa terlanjur bicara ribuan maaf dipinta sebelum mengundur diri.


Sebelum terlupa, dalam sorotan lensa kamera terpancar sebahagian wajah-wajah harapan, asuhlah dan jadikan pelapis generasi Embah Tohirah dan Embah Abu melalui 1 Malaysia seribu wajah.
Walaupun dalam dunia siber macam-macam terjadi, kita harus terus berusaha dan berdoa serta pupuklah, berikanlah, dengarilah, sayangilah keluhan mereka. Anak-anak yang kita warisi adalah cahaya hidup keluarga, bekalkanlah ilmu dunia akhirat yang seimbang. InsyaAllah diberkati Illahi. Amin.

Khabar ziarah:

1. Isteri Paman As (bibik Pah) masih dalam rawatan

2. Cucu Paman As (anak kepada Salwa) meninggal dunia

3. Paman Yes menjalani pembedahan di PPUM. Alhamdullilah, beransur pulih ......

Terima Kasih


Wasalam

17 December 2010

Ziarah & Mampir

السلام عليكم

Muncul sahaja laman ni, marilah kita sedekahkan Al-fatihah khas untuk Embah Abu, Embah Tohirah dan Wak Hamin serta muslimin dan muslimat seluruh nya. ALFATIHAH ......Amin

Dua perkataan di atas "Ziarah" dan "Mampir" yang berlainan bunyi dan bahasa tetapi mungkin mempunyai persamaan makna atau perngertiannya. Cuma agaknya niat atau kebetulan, marilah kita satukan pengertiannya demi keharmonian keluarga Embah Abu dan Embah Tohirah. Moga-moga di berkati Insyallah............

Ziarah menerima kunjungan Mohd Nasir, Nawawi, Abu Zaki serta keluarga masing-masing dan sempat mampir di makam Embah Abu di Petaling Jaya sebelum Aidil Adha yang lalu.



Khabar Ziarah:
  • Paman Rosly suami kepada Bik Kamariah menjalani pembedahan di KPJ Kajang. Alhamdullilah beransur pulih dan masih berehat.
  • Roslee anak kepada Paman Nuni menjalani pembedahan lutut di Hospital PPUM juga beransur pulih.
  • Paman Sholat suami kepada Bik Enteng di masukkan ke PPUM kerana pitam akibat tekanan darah tidak stabil. 17 Dis 2010 masih berada di hospital.

Gambar Ziarah Terkini Pusara Embah Abu



Paman @ Wak Yes (mohd.tamyes@gmail.com)

02 December 2010

Urutan 2 - masa tercari-cari

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Sebahagian sisipan jasamu dikenang.

Salam

Sejarah kemerdekaan Malaysia 31 Ogos, 13 May dan konfranstasi Malaysia/Indonesia banyak melakarkan peristiwa kenangan yang tersepit dicelah-celah kehidupan untuk menuju keharmonian. Serba ringkas, kami berdua Wak Hamim dan Paman Yes telah ditahan tanpa pendakwaan menyebabkan hampir 2-3 tahun terputus hubungan hinggalah satu ketika dipertemukan semula apabila konfranstasi tamat. Kami mengutip semula serpihan-serpihan kehidupan lalu untuk mencari keharmonian kekeluargaan dalam serba kekurangan berbekalkan usaha tulang empat kerat kami.

Alhamdulillah hajat murni serta doa restu serta dengan izin-Nya, usaha-usaha kami dimakbulkan Illahi.

Coretan ini penuh emosi sehingga tiada sedar sedu mambasahi kedua belah pipi. Oleh itu terhentilah disini dahulu, jika berkeinginan untuk merungkai kisah-kisah ini, bertanya-tanyalah kepada keluarga terdekat, ibu dan ayah yang sezaman dengan kami berdua. Hanya gambar kenangan dapat diabadikan dalam Ziarah ini dengan izin-Nya.

Gambar Wak Hamim
Gambar Pan Yes selepaas konfrentasi

Ziarah beralih gelombang di zaman dunia siber tanpa sempadan dengan satu jari dapat mengetahui dan melihat dunia sebenar. Kebenaran fungsi jari juga dapat dikongsikan bersama-sama gambar rumah kediaman Embah Abu dimasa hidupnya dalam Ziarah sebelum ini dan juga wajah-wajah lain yang tertera sebagai pelaku kepada keharmonian keluarga. Antaranya gambar Yusree kecil duduk bersama Azam jirannya yang begitu akrab yang dapat dipupuk dan menjadi contoh terbaik menerusi keikhlasan dalam perjumpaan kekeluargaan.

Wajah-wajah ceria generasi cilik Embah Abu, berkongsi kegembiran bersama sepupu-sepupu, wak-wak dan bibik bibik, jelas terpnacar semasa perjumpaaan keluarga besar Embah Abu yang lalu.




Wasalam
mohd.tamyes@gmail.com

10 June 2010

Wak Hamim dalam Ingatan




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ


Ziarah terakhir di Aidil fitri, Salam Aidil fitri dan Maaf zahir batin.


Salam ziarah dan salam takziah dengan rasa sedih dan pilu atas pemergian meninggalkan kita semuanya yang dikasihi Hj Mohd Hamim Abu Bakar (Wak Hamim) pada 11 September 2010 dan aidilfitri kita sama-sama sedekahkan fatihah kepada nya, moga-moga dicucuri rahmat atas rohnya .......... Al-Fatihah..


Lapangkanlah harapan kita semua harus kekalkan semangat ziarah menegnali sementara masih ada generasi terdahulu.

Sudi-sudikanlah memeriahkan abadikan kongsi kenangan bersama untuk tatapan dalam Facebook, Twitter atau email gambar-gambar, cerita-cerita lama & baru untuk kita tatapi bersama.




Wasalam


Paman @ Wak Yes (mohd.tamyes@gmail.com)

05 March 2010

Urutan Ziarah


السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Gambar original daripada Paman Tamyes


Urutan ziarah lalu, dinyatakan Embah Abu dan Embah Tohirah mempunyai 10 orang anak

1. Hj Mohd Hamim (Wak Hamim)
2. Hjh Taslimah (Wak Tas)
3. Mohd Tamyes (Wak Yes)
4. Hjh Siti Ruminah (Bik Rom)
5. Mohd Dalhal @ Asaari (Paman As)
6. Mariati @ Kamsiah (Bik Enting)
7. Marduni @ Kamsaton (Bik Endek)
8. Mohd Asmungi (Paman Nuni)
9. Hjh Siti Halimah (Bik Limah)
10. Siti Kamaliah (Bik Yah) - dalam gambar yang tiada 1,2, 10

Selepas melahirkan Siti Kamaliah, Embah Tohirah meninggalkan kami semua. Atas keperhatinan keluarga Embah Tohirah dan kami adik beradik, dengan berat hati, Siti Kamaliah diasuh dan dijaga oleh adik Embah Tohirah iaitu Lek Salamah di Parit 15 Kg Sungai Manik, Jalan Telok Intan, Perak di sebabkan kami masih tercari-cari.

Selang beberapa tahun, satu demi satu peristiwa berlaku dan akhirnya apa yang kami cari-cari kami temui. Demi menyatukan hati kami semua, kami membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Dengan harapan dan keberkatan, Alhamdullilah, kami sabar dan syukur atas ketentuan-Nya.


Embah Abu pernah tinggal dia rumah setinggan ini bersama Paman Tamyes di Kuala Lumpur


Embah Abu pernah tinggal di rumah teres ini bersama Wak Hamim di Petaling Jaya

Ziarah itu asas perjumpaan keharmonian keluarga.

Sekian dahulu, terima kasih.
Paman @ Wak Yes (mohd.tamyes@gmail.com)