26 August 2013

Warkah Wak/Paman Yes sebelum ke Tanah Suci

Asslamualaikum Ilaakhirihi…

Pertama sebelum lebih jauh berbicara, mari kita sedekahkan Al-Fatihah khas untuk Allahyarham Embah Abu dan Allahyarhamah Emah Tohirah juga Allahyarham Wak Hamim, moga-moga dicucuri rahmat ke atas rohnya, Al-Fatihah…Amin.

Secara ringkas sebelum terlambat, kami ucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’, maaf zahir dan batin dari keluarga kami atas apa yang berlaku, sengaja atau tidak. Bagi yang mengenali kami sekeluarga, kita semua harus muhasabahlah, jauh atau dekat, kenal atau tidak, wis kesel lek ngomong, ‘I'm sorry’  bak kata Amir Raja Lawak, kiro 0 – 0, okay lah di Aidilfitri 1434H.


Sebenarnya, pada Syawal Aidilfitri 1434H, saya telah terima tawaran mengejut dari Tabung Haji setelah gagal beberapa kali rayuan dan cara, mungkin belum ada rezeki, cuma kali ini tak nak ada gangguan lagi sebelum 100% urusan padat selesai. In Shaa Allah, mungkin bertolak 29/9/2013 dan balik pada 14/11/2013. Nilailah, doakanlah sahaja selamat pergi dan balik, tak kisahlah.

Ulangan dalam dunia Nuklear kimia dan canggih tanpa sempadan, tersedut, terhembus, mengakhiri sebelum mengenali, tak kisah lah semuanya, akhir bicara jaga diri, jaga keluarga. Itu saja dapat diucapkan ribuan kemaafan saya pinta, sampai-sampaikanlah.

Wassalam.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Mohd Tamyes Abu Bakar