12 February 2015

Ziarah-ziarah & Mancing

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Tiada laut, tiada sungai, tiada kolam, tiada parit dan tiada banjir di Cheras Baru. Rezeki depan rumah kejadian Toman mengganas diceritakan.

Pada suatu senja datang idea gila pasang mata kail dengan jorannya, mata kail jumpa dalam perut ikan beli di pasar, bertahun disimpan rupanya ada tersembunyi keajaiban, pasang depan rumah semalam dibiarkan.

Waktu fajar sebelum azan solat subuh, tergerak di hati "Mesti dapat rezeki" sambil membawa lampu picit kecil yang telah diguna semasa mencari batu di Arafah dan Mina yang masih boleh diguna.

Tiba di tempat, joran dipasang nyalalah lampu picit terang hanya tangan bergoyang-goyang, rupanya yang bergoyang ialah tali kail, alangkah terperanjat hati sambil membebel dari mana datang? kenapa di sini? Tidak di laut,sungai, kolam, parit atau di tempat banjir bukan di Cheras Baru Óh Tuhan Maha Kuasa, "Alhamdulillah" rupanya rezeki yang tak pernah terduga di hati kotorku "Ya Allah, Syukur. Toman mengganas seberat 2 kg rupanya."

Akhirnya marilah kita renung-renungkan sambil-sambil ziarah, memancing kot-kot dapat Toman besar pahala, Toman bukan Toman banjir tapi Toman yang membuatkan Paman banjir air mata di setiap fajar mengenangkan keharmonian semakin jauh, kehidupan semakin dekat. Dengar-dengarlah, ziarah-ziarahlah, mungkin ziarah berakhir di sini takdir menentukan segalanya.

Marilah panjatkan doa dan Al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi dahulu, Embah Abu, Embah Tohirah, Haji Mohd Hamim, Paman Solat dan Aunty Latifah. Moga-moga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sekian dongengnya, maaflah yea!

Wassalam.

Yang Ikhlas,

Haji Tamyes