16 May 2015

Ziarah Manusia L Manusia


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ditakdirkan kita berjauhan juga, takdir kita segalanya tuhan maha kuasa rela sedeh dan pilu tertanya2 kenapa!? Mengapa!? Setiap fajar teringatkan mu hingga kering titisan air mataku, ku cuba dan cuba tak hilang ingatkan teringat peristiwa dibawah pohon manggis semasa masih berhingus lagi.. kaulah yang menyambung nafasku segar bugar hingga kini takkan kulupakannya walaupun sesaat.
Ku terjun dari atas pokok manggis "Padan muka kau telan buah saorang atas pokok" sambil menepok2 belakangku hingga terlompat biji manggis dari halkumku seperti peluru M16 terkeluar. Ku peluk dan peluk serta cium sambil menyatakan tanpa sedari dari mulutku sendiri "kaulah kakakku dunia akhirat" hingga kini semua org takkan tahu kaulah kakakku Taslimah.
Bayangan ingat satu keluarga ditepi jalan mereka berniaga sayur sayuran adalah rutin harian setiap pagi, suami pergi pasar borong cari bahan untuk dijual, isteri pulak berkemas ditempat berniaga sambil sarapan pagi teh + kueh melaka yg bulat2 didalam intinya gula melaka disalut ampas kelapa sedap tututuu..
Dalam ribut ribut sambil kemas layan pelanggan dan tunggu suami balik... ya Allah terlalu pantas berlaku, kueh melaka tersekat dihalkomnya tak sempat dapat bantuan pertolongan atau tepok belakang innalillahi wainnalillahirojiunn meninggal dunia dalam keadaan kelam kabut terlekat kueh melaka dipendekkan cerita itulah kesah kakakku setiap fajarku terkenang dulu hingga kini adalah adikmu yang baran, merajuk penyedih, manja dan menyusahkan tak dapat ku luahkan hanya Allah saja yang maha mengetahui.
Ya Allah aku berlindung dibawah kekuasaanMu yang mengubah gelap menjadi terang dan dengan perintahNya alam ini dan alam yang akan datang dijadikan. Selamatkan aku daripada kemurkaan dan kemarahanMu, kepadaMu sahaja terpulangnya hari pengadilan, azab yang ditimpakan jika Engkau tidak suka dan tidak redha. Tiada upaya dan kekuasaan selain kuasa dan kekuatanMu jua.
Ya Allah pancarkan nurkasih sayang Mu biar menyusuk hati nurianku agar aku mengerti bertapa fakirnya daku disisiMu. Hanya kepadaMu aku menyerahkan diri mencari keredhaan yang hakiki. Pernah lihat matahari enggan terbit?
Pernah lihat bintang diangkasa berebut paksi sesama mereka?
Pernah dengar pokok berjalan kesana sini sebab bosan duduk setempat?
Tidak pernah bukan?
Apa pun kebebasan yang kita pilih dalam hidup jangan sampai mengorbankan agama, aqidah jangan digadai. Ibadah dan syariat jangan kongtang daripada dairi hidup malah akhlak jangan dihalau keluar daripada personaliti diri. Ikhlaskan diri, kita bebaskan diri daripada mengharapkan perbuatan baik yang kita lakukan Allah maha mengetahui.
Umat islam itu istimewa Allah juga selengkap mungkin dengan segala hukum yang ada kita rasa bagaikan terpimpin agar kita tak jauh tersasar manusia zaman sekarang lebih banyak mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mengutamakan diri. Mereka lebih mengutamakan sesuatu yang hanya memberi manfaat kepada mereka sahaja.

Tidak cukup dengan itu terdapat juga keadaan apabila manusia yang Allah ciptaan ini berasa tidak sabar-sabar untuk melalui masa akan datang. Si kecil mahu menjadi cepat besar agar dia melakukan perkara yang tidak boleh lakukannya sekarang, manakala si remaja pula mahu segera menjadi dewasa agar perbuatannya tidak lagi sering dipersalahkan. Inilah konsep syukur pada nikmat masa yang telah Allah rezekikan kepada manusia tetapi sering dilupakan.
Hidup ini sebuah misteri semua kehendak Ilahi, kadang suka kadang duka, menyelimut hidup ini hanya Tuhan yang tahu semua, kita hanya jalankan saja, berusaha dan berdoa mohon rahmatnya dan redaNya. Sedar atau tidak detik2 perubahan akan berlaku dalam hidup kita, malah mungkin detik perubahan telah berlaku tanpa disedari. Perubahan yang mungkin hanya 30○ 40○ atau mungkin 360○ sekaligus.
Marilah panjatkan doa dan Al-fatihah kepada arwah2 yang telah pergi dahulu. Moga2 roh2 mereka dicucuri rahmat Al-Fatihah... Amin.
Mohon maaf info baca dan abaikan. Terima kasih
Ikhlas
Hj. Mohd Tamyes Abu Bakar



No comments: