02 December 2010

Urutan 2 - masa tercari-cari

السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Sebahagian sisipan jasamu dikenang.

Salam

Sejarah kemerdekaan Malaysia 31 Ogos, 13 May dan konfranstasi Malaysia/Indonesia banyak melakarkan peristiwa kenangan yang tersepit dicelah-celah kehidupan untuk menuju keharmonian. Serba ringkas, kami berdua Wak Hamim dan Paman Yes telah ditahan tanpa pendakwaan menyebabkan hampir 2-3 tahun terputus hubungan hinggalah satu ketika dipertemukan semula apabila konfranstasi tamat. Kami mengutip semula serpihan-serpihan kehidupan lalu untuk mencari keharmonian kekeluargaan dalam serba kekurangan berbekalkan usaha tulang empat kerat kami.

Alhamdulillah hajat murni serta doa restu serta dengan izin-Nya, usaha-usaha kami dimakbulkan Illahi.

Coretan ini penuh emosi sehingga tiada sedar sedu mambasahi kedua belah pipi. Oleh itu terhentilah disini dahulu, jika berkeinginan untuk merungkai kisah-kisah ini, bertanya-tanyalah kepada keluarga terdekat, ibu dan ayah yang sezaman dengan kami berdua. Hanya gambar kenangan dapat diabadikan dalam Ziarah ini dengan izin-Nya.

Gambar Wak Hamim
Gambar Pan Yes selepaas konfrentasi

Ziarah beralih gelombang di zaman dunia siber tanpa sempadan dengan satu jari dapat mengetahui dan melihat dunia sebenar. Kebenaran fungsi jari juga dapat dikongsikan bersama-sama gambar rumah kediaman Embah Abu dimasa hidupnya dalam Ziarah sebelum ini dan juga wajah-wajah lain yang tertera sebagai pelaku kepada keharmonian keluarga. Antaranya gambar Yusree kecil duduk bersama Azam jirannya yang begitu akrab yang dapat dipupuk dan menjadi contoh terbaik menerusi keikhlasan dalam perjumpaan kekeluargaan.

Wajah-wajah ceria generasi cilik Embah Abu, berkongsi kegembiran bersama sepupu-sepupu, wak-wak dan bibik bibik, jelas terpnacar semasa perjumpaaan keluarga besar Embah Abu yang lalu.




Wasalam
mohd.tamyes@gmail.com

1 comment:

Unknown said...

Assalamualikum wm wb
Membaca, mengamati dan menjiwai apa yang ditulis Paman Yes disamping cuba mengingati sejarah dulu (rasanya ingatan cuma dapat berbalik semasa Majlis Sunat Paman Nuni di rumah Arwah Mbah Abu tahun..tak pasti) tanpa terasa air mata juga ikut membasahi pipi tanpa sedar.
Seingat saya rumah arwah Mbah Abu (tak berpeluang untuk mengingat kebersamaan dengan Arwah Mbah Tohirah) tinngi rumahnya, boleh masuk kereta dibawah rumah. Disebelah daput agak turun sedikit/split level. Kat dapur seingat saya ada kotak kayu tempat menyimpan memeram pisang berangan.
Tempat mandi didepan rumah semacam parit atau kolam agak panjang ada tangga masuk kekolam untuk mandi. disebelah rumah juga ada kolam rasanya dan banyak ikan samaada di kolam sebelah rumah juga depan rumah, ikan bulan. Belakang rumah ada pokok buah enam-enam yang rasanya agak masam-masam manis berbuah dipangkal pokok.
Ada kambing peliharaan arwah Mbah Abu yang terletak dibawah rumah sebelah dapur.
Insyallah akan kami usahkan bersama adik beradik untuk menyahut ajakkan Paman Yes untuk berkunjung/berziarah ke kubur arwah Mbah Tohirah dan Mbah Abu dalam waktu terdekat. Kepada Wawi, Rahimah, Aishah, Latifah, Faisol, Abu Zaki dan Farid marilah bersama kita kunjungi tanah tumpah keluarga Embah Abu Mbah Tohirah. Mungkin kalian tidak pernah merasai kehiduapan yang pernah di alamai oleh Wak Hamim, Mak, Paman Yes dan Bibik Paman sewatu di Perak dulu, namun tak bererti kita harus tidak menjiwai pengalaman lampau mereka. Kejayaan kita adalah dari permulaan yang sulit mereka alami sewaktu waktu dulu.

Wassalam..